[ INFO ] "Bahan Semulajadi", "Bahan Organik" dan "Bahan Sintetik" Dalam Produk Kosmetik dan Kecantikan

Pada masa kini, keadaan fizikal sangat dititik-beratkan oleh seseorang. Ianya seiring dengan perkembangan teknologi seperti Instagram, Facebook dan sebagainya, kecantikan fizikal menjadi faktor nombor satu. Ianya secara tidak langsung memberi kesan kepada keyakinan diri seseorang dan tanggapan seseorang individu terhadap individu lain.

                         

Keadaan ini secara tidak lansung memberi kesan kepada perkembangan industri kosmetik dan penjagaan diri. Permintaan yang tinggi dari masyarakat menyebabkan lambakan produk-produk kecantikan dan penjagaan diri di pasaran yang mana terdapat segelintir daripadanya adalah tidak berdaftar, dan mengandungi bahan-bahan berbahaya. 

Tahukan anda, terdapat 3 jenis kategori bahan yang digunakan dalam produk kosmetik dan penjagaan diri iaitu dari bahan natural, organik dan sintetik?


1) Apa itu bahan natural?

Bahan natural merupakan bahan yang berasaskan sumber tumbuhan.
Kebanyakan bahan semulajadi adalah bebas digunakan di dalam produk kosmetik tanpa had dan syarat.

Perlu diingat, bahawa bahan natural tidak semestinya organik kerana bahan natural berasal dari tumbuhan, tapi ianya mungkin ditanam dengan menggunakan racun perosak, baja sintetik dan sebagainya.

Contoh bahan natural adalah seperti ekstrak lidah buaya (aloe vera), ekstrak panax ginseng, ekstrak tea tree, minyak lavender dan sebagainya.

2) Apa itu bahan Organik?


Bahan organik adalah bahan yang berasaskan tumbuh-tumbuhan yang tidak menggunakan sebarang bahan kimia semasa pembesaran tumbuhan tersebut termasuk tidak menggunakan sebarang baja kimia, racun kimia dan sebagainya. Keseluruhan proses adalah menggunakan bahan organik.

               

Oleh kerana perbezaan yang tidak ketara, bahan natural seringkali disalah anggap sebagai bahan organik. Bahan organik merangkumi keseluruhan proses mestilah menggunakan bahan-bahan organik manakala bahan natural bererti ianya dari tumbuh-tumbuhan sahaja.

Bagaimana untuk mengetahui bahan natural tersebut adalah organik?
Terdapat standard piawaian dan garis panduan yang perlu diikuti untuk mengiktiraf bahan natural tersebut adalah organik.

Banyak badan bertauliah di seluruh dunia berfungsi untuk menilai dan memberi pengiktirafan Organik jika bahan  tersebut benar-benar menepati piawaian Organik yang ditetapkan seperi Ecocert, OTCO dan IMO.

                                  

Tokyo Organic Rose Serum X Anne Nita contohnya, mendapat sijil pengiktirafan Organik dari ketiga-tiga badan antarabangsa ini atas 5 bahan yang digunakan dalam Serum tersebut. Jadi, bahan dalam Tokyo Organic Rose Serum X Anne Nita bukan saja natural, tetapi disahkan organik!

Contoh bahan organik adalah sama seperti bahan natural di atas, seperti lavender, aloe vera dan sebagainya dan ianya mesti disahkan organik oleh badan bertauliah yang tertentu.


3) Apa itu bahan Sintetik?

                      Image result for natural organic and synthetic

Bahan sintetik pula merupakan bahan yang dihasilkan melalui tindak balas kimia, atau bahan yang berasal daripada sumber semulajadi yang telah diubah secara kimia.

Bahan pengawet seperti paraben merupakan salah satu contoh bahan sintetik yang seringkali digunakan dalam kosmetik dan produk penjagaan diri.

Walaupun ramai yang mengetahui kesan buruk paraben pada kesihatan, tetapi paraben boleh didapati banyak digunakan dalam produk kosmetik dan penjagaan diri di sekeliling kita. Ini kerana, harga paraben yang murah dan mudah didapati.

Tokyo Organic Rose Serum X Anne Nita tidak menggunakan sebarang paraben dalam produk. Oleh itu, jika anda amat mementingkan bahan natural dan organik, tanpa paraben dalam produk pejagaan diri dan kosmetik, Rose Serum ini adalah pilihan yang tepat :)


Pengguna perlu diingatkan, apabila membeli produk untuk kulit wajah perlu membaca setiap bahan kandungan yang terdapat dalam produk tersebut.


Jadi, adakah anda prihatin pada kandungan dalam produk yang anda guna?


Comments

Popular posts from this blog

Panduan: Adakah anda mengalami Purging atau Breakout?

10 Sebab Mengapa Sabun Glycerin Lebih Baik Dari Sabun Lain

[ INFO ] Mineral Oil - Yay Atau Nay?

Subscribe to our mailing list

* indicates required