[ INFO ] Apa Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Alkohol Dalam Skincare
Apa itu alkohol? Dalam dunia kimia, alkohol adalah kompaun organik di mana kumpulan hidroksil (-OH) terikat dengan atom karbon (saturated carbon atom). Perkataan "alkohol" secara umumnya merujuk kepada alkohol primer iaitu ethanol ( ethyl alcohol ) Mengapa alkohol digunakan dalam skincare? Alkohol mempunyai beberapa fungsi dan keistimewaan yang menjadikan ianya selalu digunakan dalam produk penjagaan diri. Antaranya alkohol boleh membuatkan penyerapan bahan seperti retinol dan Vitamin C lebih maksima, sebagai antiseptik (membunuh bakteria) , menstabilkan pH, bahan pengawet (meminimumkan pertumbuhan bakteria) dan juga memberi bau kepada sesuatu produk. Jadi, tidak hairan lah banyak produk di luar sana yang menggunakan alkohol sebagai salah satu bahan dalam produk masing-masing. Adakah alkohol mempunyai kesan sampingan pada kulit? Ya dan tidak. Ini kerana alkohol terbahagi kepada banyak kumpulan dan jenis, dan setiap jenis ini mempunyai fungsi, kebai