Posts

Hydration vs Moisture : Apa Perbezaannya?

Image
Hydrating (Hidrat) Hidrasi kebiasaanya berkadar lansung dengan jumlah air yang kita minum. Tetapi, menghidrasikan kulit tidak sama seperti kita hidratkan badan. Ya, minum air boleh membantu untuk hidratkan kulit, tetapi bukan ini sahaja yang perlu diambil kira untuk kita kekalkan kandungan air dalam sel kulit kita. Kepentingan Kulit yang Cukup Air Bila kulit cukup air, ia akan menjadi plump, bouncy dan memantulkan cahaya dengan efektif, jadi kulit kelihatan glowing . Jika kulit tidak cukup air, ini menjadikan kulit tidak bermaya. Bayangkan sel kulit anda adalah belon air mini, dalam keadaan yang sihat belon air mini ini penuh dengan air, padu, bouncy dan memantulkan cahaya dengan efektif ( glowing ). Bayangkan pula jika air mengalir keluar dari belon air mini itu secara berterusan, belon air mini kelihatan tidak bouncy , tidak dapat memantulkan cahaya dan nampak tidak bermaya sahaja. Walaupun kita telah kesan kebocoran pada mini belon air tersebut, dan telah menampal keb

7 Sebab Punca Jerawat, Nombor 4 Mungkin Ramai Tidak Tahu!

Image
Jerawat adalah salah satu musuh utama semua wanita. Tetapi sebelum kita benci jerawat, jom kenal pasti apa punca "Miss J" ni suka tumbuh di muka kita! 1. Hormon Seperti yang diketahui, perubahan hormon memainkan peranan yang besar terutamanya semasa menstruasi. Hormon androgen (hormon lelaki seperti testosteron) dihasilkan semasa proses menstruasi dan menyebabkan jerawat kebiasaanya di bahagian dagu, leher dan belakang badan. 2. Stress Ya! Stress boleh menyumbang kepada masalah jerawat. Ibu bekerjaya antara individu yang mempunyai tinggi kemungkinan untuk mengalami stress. Apabila anda stress, organ yang dikenali sebagai adrenal gland akan merembeskan hormon kortisol yang bertanggungjawab untuk mengawal stress. Malangnya, sedikit hormon testosteron juga akan dirembeskan bersama-sama hormon kortisol. Bagi wanita, hormon lelaki seperti testosteron ini boleh menyebabkan kantung minyak pada kulit merembeskan lebih banyak minyak -- punca kepada masalah jerawat!

[ TIPS ] Bagaimana Membersihkan Peralatan Make Up?

Image
Bila  diperkatakan mengenai pembersihan alatan make up ,  ramai yang mungkin memandang ringan tentang perkara ini. Sebenarnya, pembersihan alatan make up adalah sangat   penting untuk dilakukan secara berkala. Alatan make up yang kurang bersih boleh menyebabkan jangkitan bakteria pada kulit  -- penyebab  masalah jerawat  dan sebagainya! Alatan make up yang ku rang bersih menyebabkan jangkitan bakteria pada kulit anda -- penyebab  masalah jerawat  dan sebagainya! Cara-cara Membersihkan Peralatan Make Up SPAN MAKE UP 1. Basah.  Basahkan span make up anda dengan air suam. 2. Basuh.  Gunakan beberapa titik baby shampoo & basuh span  make up  anda. Pastikan kesan-kesan foundation tertanggal sehingga bersih. 3. Bilas.   Bilas sehingga bersih. 4. Kering.  Keringkan span tersebut dengan menggunakan tuala bersih. Juga boleh biarkan sehingga kering. 5. Ulang.  Span  make up  hendaklah dibersihkan sekurang-kurangnya sekali dalam masa 2 minggu atau apabila ia kelihatan tidak ber

[ INFO ] : 3 Sebab Utama Menggunakan Serum

Image
Serum adalah salah satu produk penjagaan diri yang popular. Kita sering melihat iklan serum di merata tempat, di majalah, paparan iklan jalan raya, paparan iklan di TV dan sebagainya. Tetapi... apa sebenarnya serum ini dan adakah ianya benar-benar penting untuk dimasukkan ke dalam rutin penjagaan diri kita? Apa itu Serum? Serum adalah produk yang selalunya diformulasikan dengan konsentrasi bahan aktif yang tinggi. Ini bermakna, hanya beberapa titik serum sahaja sudah memadai untuk kegunaan seluruh muka.  Tekstur serum selalunya lebih ringan dari pelembab, menjadikan serum produk yang boleh digunakan sendiri sahaja tanpa produk lain ( stand alone product ) untuk yang berkulit berminyak, dan untuk berkulit normal/kering, ianya boleh digunakan bersama-sama dengan pelembab. 3 Sebab Utama Mengapa Penting Menggunakan Serum 1. Serum adalah "pelembab ringan" yang boleh meresap jauh ke dalam kulit Serum juga boleh jadi sebagai "pelembab yang ringan"

[ FAKTA ] 4 Sebab Mengapa Cerahkan Kulit Tidak Bagus

Image
Pernah tak kita terfikir kenapa warna kulit manusia berbeza-beza?  Ada yang berkulit putih, berkulit sawo matang, berkulit kuning langsat, berkulit gelap dan sebagainya.  Kenapa manusia tidak dijadikan mempunyai 1 tone kulit sahaja?  Berbagai tona kulit manusia Organ terbesar pada tubuh manusia adalah kulit. Ianya berfungsi seperti selimut bagi tubuh kita  dan juga yang paling cepat tumbuh. Kulit menutupi 2 meter persegi tubuh manusia dewasa dan  menyimpan 20% air dalam badan. Ia penuh dengan lipid dan protein untuk memastikan kulit anda sihat dan lembap, dan kulit mempunyai fungsi perlindungan kesihatan yang penting seperti melindungi diri kita daripada jangkitan dan membantu mengurangkan suhu kita. Keratan rentas kulit manusia Kulit kita terbahagi kepada lapisan epidermis di bahagian atas dan dermis di bahagian bawah. Epidermis diperbuat dari lapisan sel-sel yang mempunyai peringkat kematangan yang berbeza dan sel-sel ini dikenali sebagai keratosit (keratocyte).

[ INFO ] Mineral Oil - Yay Atau Nay?

Image
Bila sebut Mineral Oil, ramai antara kita yang tidak tahu apa itu Mineral Oil. Apatah lagi jika dibincangkan mengenai  kebaikan dan keburukan kesan daripada penggunaan Mineral Oil, masih r amai yang tidak tahu dan keliru. Apa itu Mineral Oil? Mineral Oil atau Minyak mineral  adalah produk sampingan dari pemprosesan petroleum semulajadi. Ia dihasilkan apabila petroleum disuling untuk menjadi petrol (ya, minyak yang anda masukkan ke dalam tangki kereta anda!) dan hasil sampingan dari proses penyulingan tersebut adalah Mineral Oil.  Mengapa Mineral Oil digunakan dalam produk kecantikan? Mineral Oil adalah bahan yang selalu digunakan dalam produk penjangaan diri dan kecantikan kerana ianya ringan, murah, mempunyai sifat emolien iaitu boleh menjadikan produk lebih lembut dan licin apabila disapu pada kulit. Ianya juga mempunyai kebolehan untuk memerangkap lembapan pada kulit dan menjadikan kulit kering dan sensitif rasa lebih lembab dan lembut. Jadi tidak hairanla

[ INFO ] Bahaya Merkuri dalam Produk Penjagaan Diri dan Kosmetik

Image
Bayangkan jika termometer merkuri pecah dalam makmal sains sekolah, pihak sekolah akan panggil bomba untuk bersihkan, bagaimana pula kita sengaja nak letak merkuri pada muka kita? Lambakan produk penjagaan diri dan kosmetik di pasaran adalah sesuatu yang perlu diambil perhatian kerana terdapat segelintir produk yang tidak selamat untuk digunakan kerana tidak menepati garis piawaian keselamatan kosmetik/ penjagaan diri yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.  Apa yang lebih membimbangkan, pengguna juga sering dikhabarkan dengan kesan drastik yang dijanjikan oleh produk-produk tersebut sehingga mengaburi mata pengguna mengenai kandungan bahan yang digunakan dan keselamatan produk tersebut. Apa itu Merkuri? Merkuri atau raksa ialah logam berat yang hadir secara semulajadi (salah satu mineral yang wujud di bumi). Merkuri ialah logam yang wujud dalam bentuk cecair pada suhu bilik. Merkuri boleh wujud dalam bentuk unsur, organik dan bukan organik. Mengapa Merkuri digunak

Subscribe to our mailing list

* indicates required