[ INFO ] Apa Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Alkohol Dalam Skincare





Apa itu alkohol?

Dalam dunia kimia, alkohol adalah kompaun organik di mana kumpulan hidroksil (-OH) terikat dengan atom karbon (saturated carbon atom). Perkataan "alkohol" secara umumnya merujuk kepada alkohol primer iaitu ethanol (ethyl alcohol)

Mengapa alkohol digunakan dalam skincare?

Alkohol mempunyai beberapa fungsi dan keistimewaan yang menjadikan ianya selalu digunakan dalam produk penjagaan diri. Antaranya alkohol boleh membuatkan penyerapan bahan seperti retinol dan Vitamin C lebih maksima, sebagai antiseptik (membunuh bakteria), menstabilkan pH, bahan pengawet (meminimumkan pertumbuhan bakteria) dan juga memberi bau kepada sesuatu produk.

Jadi, tidak hairan lah banyak produk di luar sana yang menggunakan alkohol sebagai salah satu bahan dalam produk masing-masing.

Adakah alkohol mempunyai kesan sampingan pada kulit? 

Ya dan tidak.

Ini kerana alkohol terbahagi kepada banyak kumpulan dan jenis, dan setiap jenis ini mempunyai fungsi, kebaikan, kesan sampingan tersediri.



Jenis-jenis alkohol

Secara umumnya, alkohol dalam produk penjagaan diri terbahagi kepada 3 jenis:

  • Simple Alcohols
  • Fatty Alcohols
  • Aromatic Alcohols

Simple Alcohol

Simple Alcohol adalah alkohol yang bertindak sebagai antiseptik. Jadi tidak hairanlah Simple Alcohol biasanya digunakan dalam produk untuk kulit berminyak.

Simple Alcohol kebiasaanya adalah kelihatan seperti air, tidak berwarna dan diproses dari gula dan bahan karbohidrat yang lain. Contoh Simple Alcohol adalah seperti:

  • Methanol
  • Ethanol (juga dikenali sebagai Ethyl Alcohol, digunakan sebagai rubbing alcohol)
  • Isopropyl Alcohol (juga digunakan sebagai rubbing alcohol)
  • Denatured Alcohol (juga dikenali sebagai SD, atau alcohol denat)

Kesan Sampingan Simple Alcohol

Walaupun Simple Alcohol bersifat antiseptik, ianya juga mempunyai kesan sampingan, iaitu boleh mengeringkan kulit. Tetapi, bukan semua Simple Alcohol yang mengeringkan kulit, hanya alkohol dari jenis Denatured Alcohol (SD) sahaja yang bersifat demikian, yang biasa digunakan sebagai rubbing alcohol.

Alkohol jenis ini boleh menyebabkan kekeringan, keradangan dan pertumbuhan jerawat. Disebabkan itu, kulit anda tidak lagi berkesan untuk mengekalkan kelembapannya sendiri. Ia juga boleh merangsang pengeluaran minyak yang  berlebihan sekaligus boleh mengakibatkan liang-liang pori terbuka luas serta pertumbuhan jerawat di wajah anda. 

Image result for alcohol in hand sanitizer

Bayangkan jika kita menggunakan hand sanitizer, ianya cepat kering bukan? Ini kerana hand sanitizer juga menggunakan alkohol jenis SD. Metodnya sama, ianya menyahkan lapisan minyak atas kulit  dan mengeringkannya (kerana ianya meruwap sangat pantas!). Apabila kulit dikeringkan oleh alkohol, bahagian pelindung kulit akan lemah dan mendedahkan kulit pada banyak masalah kulit yang lain, termasuk iritasi.

SD alcohol sendiri sahaja tidak boleh digunakan terus pada kulit, tetapi boleh digunakan jika diadun bersama bahan lain dalam produk penjagaan tersebut. Ia juga bergantung pada peratusan alkohol SD dalam produk tersebut, dan ramuan lain yang terkandung dalam formula.


Jika anda mempunyai kulit jenis kering atau normal, elakkan produk yang mengandungi bahan SD alkohol kerana ianya akan menjadikan kulit anda lebih kering!

Fatty Alcohol

Berbeza dengan Simple Alcohol, Fatty Alcohol adalah dari jenis alkohol baik dan tidak perlu dibimbangkan keranya ianya tidak mengeringkan. Ianya bersifat emollient dan mempunyai tekstur yang lebih berat, padat dan licin. 

Fatty Alcohol adalah alkohol yang diperoleh dari lemak sayuran, seperti kelapa, sawit dan sebagainya. Contoh Fatty Alcohol adalah seperti berikut:

  • Cetearyl Alcohol (selalu digunakan)
  • Cetyl Alcohol (selalu digunakan)
  • Decyl Alcohol
  • Lauryl Alcohol
  • Caprylic Alcohol


Secara umumnya, Fatty Alcohol adalah sangat bagus pada kulit kerana ianya membantu melembabkan kulit. Akan tetapi jika anda alergik pada bahan tertentu, seperti kelapa, anda mungkin perlu menghindari beberapa jenis Fatty Alcohol yang diperoleh dari minyak kelapa kerana ianya tidak sesuai dan boleh mendatangkan reaks alergi untuk kulit anda. Oleh itu, adalah amat penting untuk pengguna baca label & faham setiap bahan yang digunakan dalam produk yang dibeli.

Safe Alcohols in Skincare

Jika anda alergik pada bahan tertentu, seperti kelapa, anda mungkin perlu menghindari beberapa jenis Fatty Alcohol yang diperoleh dari minyak kelapa kerana ianya tidak sesuai dan boleh mendatangkan reaks alergi untuk kulit anda


Aromatic Alcohol

Aromatic Alcohol mempunyai sifat yang sama seperti Simple Alcohol, tetapi ianya tidak mengeringkan seperti SD Alkohol. Seperti namanya, Aromatic Alkohol memberikan bau pada produk dan juga digunakan sebagai bahan pengawet.

Aromatic Alcohol boleh didapati secara natural dari ekstrak rose dan essential oil . Contoh Aromatic Alcohol adalah seperti berikut:

  • Benzyl Alcohol (selalu digunakan)
  • Phenethyl Alcohol
  • Vanillyl Alcohol 


Alkohol dalam Tokyo Organic Rose Serum

Tokyo Organic Rose Serum tidak menggunakan phenoxyethanol/ethanol sebagai pengawet, yang diketahui mempunyai potensi untuk mengeringkan kulit. Sebaliknya, Tokyo Organic Rose Serum hanya menggunakan aromatic alcohol iaitu Phenethyl Alcohol sebagai bahan pengawet alternatif yang lebih selamat.


Oleh itu, sebagai pengguna, amat wajar anda membaca label dan ketahui jenis-jenis alkohol yang perlu dielakkan untuk kulit anda. Tidak semua alkohol sesuai untuk semua jenis kulit. Jadilah pengguna yang bijak, pilihlah produk penjagaan wajah yang tidak mengandungi alkohol yang boleh merosakkan kulit wajah anda.






Sumber:
https://www.fimela.com/beauty-health/4-kandungan-alkohol-ini-masih-aman-di-skincare-dan-makeup-170825j.html
https://skinbetter.com/alcohol-skincare/
https://www.paulaschoice.com/expert-advice/skincare-advice/basic-skin-care-tips/alcohol-in-skin-care-the-facts.html
https://riatta.com.au/green-health/types-of-alcohol-in-skincare/
http://www.justaboutskin.com/2015/01/alcohol-in-skincare/
https://en.wikipedia.org/wiki/Category:Aromatic_alcohols
https://www.paulaschoice.com/expert-advice/skincare-advice/basic-skin-care-tips/alcohol-in-skin-care-the-facts.html
https://www.futurederm.com/why-alcohol-in-skin-care-is-safe-despite-what-paula-begoun-says/
https://www.paulaschoice-eu.com/alcohol-in-skincare-the-facts

Comments

  1. Fajnie to wszystko zostało tu opisane.

    ReplyDelete
  2. I use only high quality materials - you can see them at: אלכוהוליזם

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Panduan: Adakah anda mengalami Purging atau Breakout?

10 Sebab Mengapa Sabun Glycerin Lebih Baik Dari Sabun Lain

[ INFO ] Mineral Oil - Yay Atau Nay?

Subscribe to our mailing list

* indicates required