Posts

Showing posts from April, 2018

7 Sebab Punca Jerawat, Nombor 4 Mungkin Ramai Tidak Tahu!

Image
Jerawat adalah salah satu musuh utama semua wanita. Tetapi sebelum kita benci jerawat, jom kenal pasti apa punca "Miss J" ni suka tumbuh di muka kita! 1. Hormon Seperti yang diketahui, perubahan hormon memainkan peranan yang besar terutamanya semasa menstruasi. Hormon androgen (hormon lelaki seperti testosteron) dihasilkan semasa proses menstruasi dan menyebabkan jerawat kebiasaanya di bahagian dagu, leher dan belakang badan. 2. Stress Ya! Stress boleh menyumbang kepada masalah jerawat. Ibu bekerjaya antara individu yang mempunyai tinggi kemungkinan untuk mengalami stress. Apabila anda stress, organ yang dikenali sebagai adrenal gland akan merembeskan hormon kortisol yang bertanggungjawab untuk mengawal stress. Malangnya, sedikit hormon testosteron juga akan dirembeskan bersama-sama hormon kortisol. Bagi wanita, hormon lelaki seperti testosteron ini boleh menyebabkan kantung minyak pada kulit merembeskan lebih banyak minyak -- punca kepada masalah jerawat!

[ TIPS ] Bagaimana Membersihkan Peralatan Make Up?

Image
Bila  diperkatakan mengenai pembersihan alatan make up ,  ramai yang mungkin memandang ringan tentang perkara ini. Sebenarnya, pembersihan alatan make up adalah sangat   penting untuk dilakukan secara berkala. Alatan make up yang kurang bersih boleh menyebabkan jangkitan bakteria pada kulit  -- penyebab  masalah jerawat  dan sebagainya! Alatan make up yang ku rang bersih menyebabkan jangkitan bakteria pada kulit anda -- penyebab  masalah jerawat  dan sebagainya! Cara-cara Membersihkan Peralatan Make Up SPAN MAKE UP 1. Basah.  Basahkan span make up anda dengan air suam. 2. Basuh.  Gunakan beberapa titik baby shampoo & basuh span  make up  anda. Pastikan kesan-kesan foundation tertanggal sehingga bersih. 3. Bilas.   Bilas sehingga bersih. 4. Kering.  Keringkan span tersebut dengan menggunakan tuala bersih. Juga boleh biarkan sehingga kering. 5. Ulang.  Span  make up  hendaklah dibersihkan sekurang-kurangnya sekali dalam masa 2 minggu atau apabila ia kelihatan tidak ber

[ INFO ] : 3 Sebab Utama Menggunakan Serum

Image
Serum adalah salah satu produk penjagaan diri yang popular. Kita sering melihat iklan serum di merata tempat, di majalah, paparan iklan jalan raya, paparan iklan di TV dan sebagainya. Tetapi... apa sebenarnya serum ini dan adakah ianya benar-benar penting untuk dimasukkan ke dalam rutin penjagaan diri kita? Apa itu Serum? Serum adalah produk yang selalunya diformulasikan dengan konsentrasi bahan aktif yang tinggi. Ini bermakna, hanya beberapa titik serum sahaja sudah memadai untuk kegunaan seluruh muka.  Tekstur serum selalunya lebih ringan dari pelembab, menjadikan serum produk yang boleh digunakan sendiri sahaja tanpa produk lain ( stand alone product ) untuk yang berkulit berminyak, dan untuk berkulit normal/kering, ianya boleh digunakan bersama-sama dengan pelembab. 3 Sebab Utama Mengapa Penting Menggunakan Serum 1. Serum adalah "pelembab ringan" yang boleh meresap jauh ke dalam kulit Serum juga boleh jadi sebagai "pelembab yang ringan"

Subscribe to our mailing list

* indicates required