10 Sebab Mengapa Sabun Glycerin Lebih Baik Dari Sabun Lain

Mungkin ramai yang biasa dengar, kalau pakai sabun untuk cuci muka, adalah tidak bagus. Ianya boleh menyebabkan muka lebih kering dan sebagainya. Sebenarnya bukan semua sabun memberikan kesan sebegitu, tetapi apakah anda tahu mengenai Sabun Glycerin?

Apa itu Glycerin?

Glycerin adalah hasil sampingan dari proses pembuatan sabun (saponifikasi).
Dalam industri pembuatan sabun, selepas proses saponifikasi, hanya sabun digunakan sebagai hasil terakhir untuk dijual dalam pasaran, sebaliknya Glycerin digunakan untuk membuat produk lain seperti pelembab dan sebagainya (selain sabun) . Glycerin biasanya tidak digunakan dalam sabun kerana harganya yang mahal. 

Proses penghasilan sabun (saponifikasi)


Apa itu Sabun Glycerin?

Sabun Glycerin adalah sabun yang menggunakan Glycerin dalam bahan ramuannya. Glycerin boleh berasal dari sumber tumbuhan dan haiwan, tetapi dalam TOTS, Glycerin digunakan adalah dari sumber tumbuhan (sawit).

10 Sebab Mengapa Sabun Glycerin Lebih Baik Dari Sabun Lain

1. Sabun Glycerin lebih lembut sifatnya dari kebanyakan jenis sabun yang lain

Ianya menjadikannya sesuai digunakan untuk semua jenis kulit, termasuk kulit sensitif dan berjerawat, malahan boleh juga digunakan pada bayi.

2. Sabun Glycerin juga bersifat humectant

Humectant bermaksud ianya tidak mengeringkan kulit anda seperti sabun biasa, malahan mampu memberikan kelembapan pada kulit anda.

3. Sabun Glycerin bersifat hygroscopic

Selain melembab, ianya mempunyai keupayaan "menarik" kelembapan dari udara dan menjadikan kulit anda kekal lembab sepanjang hari. 

4. Sabun Glycerin mempunyai pH lebih rendah dari kebanyakan sabun lain

Tidak seperti sabun biasa yang mengeringkan, Sabun Glycerin dapat membantu kulit mengekalkan kelembapan semulajadi tanpa mengeringkan. 

5. Sabun Glycerin mampu membantu pesakit eczema, psoriasis 

Ini kerana Sabun Glycerin bersifat melembab dan mampu mengurangkan masalah kulit yang dialami. Ianya bersifat sangat lembut, dan tidak mengakis. 


6. Sabun Glycerin tidak bersifat toksik

Glycerin tidak bersifat toksik dan selamat untuk digunakan dan tidak akan menyebabkan alergi pada kulit.


7. Sabun Glycerin membantu menyelesaikan masalah kulit

Sabun Glycerin mampu membantu menyelesaikan banyak masalah kulit termasuk jerawat. Ianya juga membantu mengurangkan jangkitan bakteria pada kulit.

8. Sabun Glycerin adalah Natural

Sabun Glycerin adalah produk natural hasil dari proses saponifikasi (seperti di atas). Jadi ianya 100% natural (melainkan pengusaha sabun menambah bahan lain selepas proses tersebut).


9. Sabun Glycerin mampu memberikan kulit yang sihat

Kulit yang sihat adalah kulit yang mempunyai keseimbangan lembapan yang bagus. Oleh kerana Sabun Glycerin mampu memberikan keseimbangan ini, penggunaan Sabun Glycerin secara konsisten mampu membantu anda untuk mendapatkan kulit yang sihat.

10. Sabun Glycerin bersifat anti-penuaan

Seperti dikatakan sebelum ini, Sabun Glycerin mampu memberi kelembapan kepada kulit, jadi kesan penuaan seperti kedutan, stretch mark dan sebagainya dapat dikurangkan.


Bagaimana dengan Tokyo Organic Treatment Soap (TOTS)?

TOTS adalah sabun jenis Glycerin. Ini bermakna, TOTS memberikan kesemua sepuluh (10) kelebihan yang dinyatakan di atas pada kulit anda!

Malah TOTS tidak menggunakan sebarang pengawet, paraben, pewarna & pewangi sintetik -- bagi memastikan ianya benar-benar natural dan selamat untuk digunakan oleh semua lapisan umur, termasuk bayi.

Jom dapatkan TOTS sekarang untuk medapatkan 10 kelebihan Sabun Glycerin ini!



Boleh dapatkan di website di sini ya atau melalui AGEN SAH kami di sini ya!


TOKYO ORGANIC Treatment Soap
Semestinya Natural & Organik, 
100% buatan Jepun :)



Sumber:

Comments

Popular Posts