[ INFO ] Mineral Oil - Yay Atau Nay?

Bila sebut Mineral Oil, ramai antara kita yang tidak tahu apa itu Mineral Oil. Apatah lagi jika dibincangkan mengenai kebaikan dan keburukan kesan daripada penggunaan Mineral Oil, masih ramai yang tidak tahu dan keliru.






Apa itu Mineral Oil?

Mineral Oil atau Minyak mineral adalah produk sampingan dari pemprosesan petroleum semulajadi. Ia dihasilkan apabila petroleum disuling untuk menjadi petrol (ya, minyak yang anda masukkan ke dalam tangki kereta anda!) dan hasil sampingan dari proses penyulingan tersebut adalah Mineral Oil. 


Mengapa Mineral Oil digunakan dalam produk kecantikan?

Mineral Oil adalah bahan yang selalu digunakan dalam produk penjangaan diri dan kecantikan kerana ianya ringan, murah, mempunyai sifat emolien iaitu boleh menjadikan produk lebih lembut dan licin apabila disapu pada kulit. Ianya juga mempunyai kebolehan untuk memerangkap lembapan pada kulit dan menjadikan kulit kering dan sensitif rasa lebih lembab dan lembut. Jadi tidak hairanlah Mineral Oil adalah salah satu bahan yang banyak didapati dalam produk kecantikan dan penjagaan diri di pasaran. 





Bagaimana untuk mengenalpasti produk yang mengandungi Mineral Oil?

Produk yang mengandungi Mineral Oil biasanya disenaraikan dalam ingredients seperti berikut:

  • Mineral oil
  • Petrolatum
  • Liquid paraffin
  • Paraffin oil

Jadi, apa yang perlu dirisaukan mengenai Mineral Oil?

1. Mungkin mengandungi toksin dan bersifat karsinogenik 

Mineral Oil sebenarnya mempunyai beberapa gred, dan gred yang digunakan dalam produk kosmetik adalah dari jenis cosmetic grade atau yang paling tinggi kadar tapisan. Mineral Oil yang digunakan dalam kosmetik mestilah mendapat pengiktirafan dari USP (United States Pharmacopeia)  atau BP (British Pharmacopeia) yang mengiktiraf Mineral Oil yang digunakan benar-benar selamat, tidak mengandungi sebarang karsinogen yang boleh membahayakan kesihatan. 

Akan tetapi, adakah benar-benar semua jenis Mineral Oil yang digunakan mendapat pengiktirafan ini? Jika tidak, kita sebenarnya terdedah kepada risiko pada bahan karsinogen yang amat berbahaya pada kesihatan.

Menurut Environmental Working Group (EWG), kira-kira 80% daripada produk di pasaran tercemar dengan 1-2 dozen bahan yang boleh menyebabkan kanser, termasuk Mineral Oil. 

"These trace contaminants in petroleum-based ingredients often readily penetrate the skin according to government and industry studies, and their presence in products is not restricted by government safety standards — they are legal at any level."

Kajian pada 2009 yang ditulis oleh Journal of Investigative Dermatology mendapati pelembab yang berasaskan Mineral Oil boleh meningkatkan kadar pembesaran tumor. Tikus makmal yang diberi produk berasaskan Mineral Oil 100mg sehari sekali selama 17 minggu mendapati kadar pertumbuhan tumor pada tikus tersebut amat pantas!


2. Berpotensi untuk menutup liang pori

Walaupun ianya tidak menyumbat pori pada kulit, tetapi ianya berpotensi menjadi "pastic wrap" pada kulit. Ini kerana saiz molekul Mineral Oil yang besar menjadikannya tidak dapat  meresap ke dalam kulit, sebaliknya hanya berada di atas lapisan kulit. Ini bermakna, apabila digunakan, Mineral Oil akan berada di lapisan kulit  dan menutup lapisan kulit seperti 1 lapisan plastik di atas kulit kita. Yang lebih buruk, lapisan plastik ini menutup kulit dari bernafas seperti normal dan secara tidak lansung menutup liang pori pada kulit. Apabila liang pori tertutup, ianya membawa kepada masalah kulit lain seperti jerawat, black heads dan sebagainya!



Plastic wrap


3. Menyebabkan tona kulit tidak sekata

Menurut Pakar Aestetik Beverly Hill, Sonya Dakar, apabila Mineral Oil ini membentuk lapisan di atas permukaan kulit, ianya menjadi pemantul pada cahaya matahari, di mana secara tak lansung menyebabkan tona tidak sekata dan kerosakan pada sel kulit akibat sinaran matahari.


4. Tidak memberi apa-apa manfaat pada kulit

Pelembab yang bagus adalah pelembab yang menyerap ke dalam lapisan kulit. Ini memastikan agar segala nutrien yang sepatutnya diserap oleh kulit dari pelembab tersebut dalam dilakukan sepenuhnya. Akan tetapi, dengan kehadiran Mineral Oil dalam produk, pelembab tidak dapat meresap sepenuhnya ke dalam kulit, dan hanya berada di atas lapisan kulit sahaja. Oleh itu ia menjadikan penyerapan nutrien tidak efektif dan kulit tidak dapat nutrien yang sepatutnya oleh produk berkenaan. Jadi, apa gunanya produk tersebut jika nutrien tidak dapat diserap ke dalam kulit?



Kesimpulan

Banyak alternatif lain boleh digunakan sebagai ganti kepada Mineral Oil yang ternyata lebih berkesan dan selamat seperti dari ekstrak tumbuhan semulajadi, bijirin kacang, minyak semulajadi. Ia bukan sahaja menjadi pelembab yang bagus, ia juga memberi banyak manfaat lain, seperti mengandungi asid lemak yang penting untuk menjaga kesihatan kulit, antioksidan untuk melawan kerosakan radikal bebas, dan nutrien untuk membantu mengekalkan ketegangan kulit.


Jadi, apa kata anda?
Mineral Oil - yay or nay?

Tokyo Organic Rose Serum x Anne Nita adalah produk penjagaan diri (serum) tidak mengandungi sebarang bahan berbahaya termasuk Mineral Oil. Tokyo Organic Rose Serum x Anne Nita diformulasi dan dibuat di Jepun dengan kawalan kualiti dan keselamatan yang tinggi.

Berminat untuk dapatkan produk Tokyo Organic Rose Serum x Anne Nita, boleh dapatkan dari senarai agen sah kami di sini



Sumber:
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC2630214/?tool=pubmed
https://www.allure.com/story/mineral-oil-skin-care
http://cosmeticscop.com/2016/09/12/mineral-oil-bad-skin/
https://www.bewell.com/blog/3-key-reasons-to-avoid-mineral-oil/
https://beautyeditor.ca/2014/10/16/petroleum-mineral-oil-skin-products
https://kudaratskincare.com/2017/02/23/avoid-petroleum-mineral-oil-skincare-products-like-plague/
https://theklog.co/what-is-mineral-oil/
https://www.bewell.com/blog/3-key-reasons-to-avoid-mineral-oil/
http://editorial.femaledaily.com/blog/2016/07/11/paraben-alkohol-mineral-oil-dalam-kosmetik-berbahaya/

Comments

Popular posts from this blog

Panduan: Adakah anda mengalami Purging atau Breakout?

10 Sebab Mengapa Sabun Glycerin Lebih Baik Dari Sabun Lain

Subscribe to our mailing list

* indicates required