[ INFO ] Cara Guna Tokyo Organic Rose Serum


Mengabaikan penggunaan serum dalam rutin penjagaan kulit adalah ibarat make up tanpa lipstick, kereta tanpa pintu dan makan hidangan tanpa air. Serum adalah pelengkap kepada rutin penjagaan kulit, di mana serum membekalkan nutrien dan vitamin yang penting kepada wajah, yang tidak dapat dibekalka oleh produk penjagaan yang lain.

Penggunaan serum yang berkesan juga berkait rapat dengan cara guna yang betul. Ini dapat memastikan serum dapat berfungsi secara optimum.

Cara menggunakan Tokyo Organic Rose Serum, untuk mendapat kesan yang optimum adalah seperti berikut:

1) Cuci dan bersihkan seluruh muka
Sebelum memakai serum muka perlu dicuci dan dibersihkan supaya wajah bersih dari make up dan kotoran. Ini juga dapat memastikan serum dapat meresap jauh ke dalam lapisan kulit.


2) Lap muka
Selepas cuci, lap wajah dengan tuala bersih. Seeloknya gunakan tuala 100% dari kapas supaya dapat menyerap air dengan mudah.


3) Sapukan toner pada wajah (jika perlu)
Langkah ini adalah optional. Jika anda tidak menggunakan toner, boleh skip langkah 3.


4) Sapukan Tokyo Organic Rose Serum pada muka
Titiskan 1-2 titis serum kebahagian muka, seeloknya pada dahi, pipi kiri dan kanan dan ratakan. Atau untuk langkah selamat, titiskan serum ke tangan dan ratakan pada muka.

Elakkan dari terkena muncung batang titisan serum ke muka kerana dikhuatiri akan menyebabkan jangkitan bakteria pada serum di dalam botol. 

5) Sapu dan Ratakan
Sapu dan ratakan serum ke seluruh wajah dan tepuk lembut muka untuk membantu penyerapan serum lebih cepat ke dalam kulit. Biarkan selama 1-2 minit untuk serum serap sepenuhnya sebelum menggunakan produk lain.

Penggunaan alatan seperti kapas, span dan berus untuk menggunakan serum akan mengurangkan kuantiti serum yang dapat diserap oleh kulit kerana kapas, span dan berus telah menyerap banyak kuantiti serum dari yang dapat diserap oleh kulit. 

6) Memakai pelembap muka
Setelah serum meresap kedalam kulit anda bolehlah menyapu pelembap ke muka anda.


7) Mula bertata-rias 
Jika anda mahu bertata-rias (make up) anda boleh berbuat demikian selepas step ke-6, iaitu selepas memakai pelembab. Atau jika anda lebih yakin untuk tampil ringkas tanpa secalit make up, anda telah siap sedia untuk keluar!



Mudah bukan?
Adalah penting untuk menggunakan serum konsisten kerana Tokyo Organic Rose Serum bertindak secara natural dari dalam kulit untuk membantu menyelesaikan masalah kulit anda. 



Anda juga boleh melihat video tutorial di bawah:







Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Panduan: Adakah anda mengalami Purging atau Breakout?

10 Sebab Mengapa Sabun Glycerin Lebih Baik Dari Sabun Lain

[ INFO ] Mineral Oil - Yay Atau Nay?

Subscribe to our mailing list

* indicates required