[ INFO ] : 3 Sebab Utama Menggunakan Serum

Serum adalah salah satu produk penjagaan diri yang popular. Kita sering melihat iklan serum di merata tempat, di majalah, paparan iklan jalan raya, paparan iklan di TV dan sebagainya. Tetapi... apa sebenarnya serum ini dan adakah ianya benar-benar penting untuk dimasukkan ke dalam rutin penjagaan diri kita?


Apa itu Serum?
Serum adalah produk yang selalunya diformulasikan dengan konsentrasi bahan aktif yang tinggi. Ini bermakna, hanya beberapa titik serum sahaja sudah memadai untuk kegunaan seluruh muka. 

Tekstur serum selalunya lebih ringan dari pelembab, menjadikan serum produk yang boleh digunakan sendiri sahaja tanpa produk lain (stand alone product) untuk yang berkulit berminyak, dan untuk berkulit normal/kering, ianya boleh digunakan bersama-sama dengan pelembab.


3 Sebab Utama Mengapa Penting Menggunakan Serum

1. Serum adalah "pelembab ringan" yang boleh meresap jauh ke dalam kulit
Serum juga boleh jadi sebagai "pelembab yang ringan" berbanding pelembab biasanya yang selalunya rasa lebih berat & greasy. Serum boleh meresap jauh ke dalam kulit & mengandungi lebih tinggi peratusan bahan aktif berbanding pelembab biasa. Jadi penyerapan nutrien pada serum lebih efektif berbanding produk lain.

MUA selebriti, Kristofer Buckle menyatakan penggunaan serum yang konsisten boleh menjadikan kulit lebih lembut, anjal, pori lebih kecil dan moisture level pada kulit lebih seimbang.

Tetapi perlu diingat, serum hanya mampu melembabkan kulit secara minimum sahaja. Dermatologi Dr Charles mengatakan jika anda mempunyai kulit jenis kering atau normal, amat digalakkan menggunakan serum dengan pelembab lain tetapi jika anda mempunyai kulit jenis berminyak, menggunakan serum sahaja sudah memadai, tanpa pelembab.

2. Membantu membaiki kulit tampak lebih berseri
Serum adalah tidak wajib, tetapi penggunaan serum adalah sebagai step ekstra dalam rutin kecantikan untuk mendapat kulit yang cantik berseri. 

Ini kerana serum membekalkan lebih tinggi konsentrasi nutrien dan boleh menyerap jauh ke dalam kulit dengan lebih bagus. 

Jadi, dengan mempunyai kulit yang cantik, make up tampak lebih berseri dan tahan lebih lama sepanjang hari. Sebabnya mudah - semakin kurang masalah kulit anda, semakin kurang make up digunakan untuk cover muka untuk mendapat make up yang flawless. Jadi penggunaan serum yang konsisten dapat membantu untuk menjadikan kulit tampak lebih segar & lebih muda!


Tokyo Organic Rose Serum, MADE IN JAPAN

3. Mengandungi bahan yang membantu masalah kulit yang spesifik
Serum didatangkan dengan pelbagai bentuk, jenis dan harga. Serum yang mahal tak semestinya bagus tetapi harus diingat serum yang mahal selalunya mempunyai konsentrasi bahan aktif yang tinggi dan berkualiti berbanding yang lebih murah.

Tetapi amat penting untuk mengetahui masalah kulit dan pilih serum yang bukan sahaja mempunyai bahan aktif khas untuk masalah kulit yang dihadapi, tetapi juga serum yang mempunyai bahan yang boleh menjadikan kulit lebih sihat secara keseluruhannya.  Sebagai contoh;

  • Antioksida - Vitamin C, minyak rose hip dan ekstrak thyme membantu melindungi dari sinaran matahari yang berbahaya dan melawan radikal bebas yang menyebabkan penuaan, pigmentasi dan kedutan.
  • Anti-inflamatori - ekstrak lavender, chamomile dan rosemary meneutralkan kemerahan dan mengelakkan keradangan pada sel kulit yang rosak
  • Hidrator - Asid hyaluronik, fatty acid dari minyak rose hip dan jojoba menguatkan pertahanan kulit dan membantu membina sel membran kulit yang kuat. Bahan ini juga membantu melindungi dari kekeringan dan kedutan dengan membantu meningkatkan lapisan lipid kulit, meningkatkan kelembapan kulit dan melindungi kulit dari persekitaran. 
*Tokyo Organic Rose Serum mengandungi kesemua bahan di atas.

Jadi, bagaimana menggunakan serum secara optimum?
Memandangkan serum sememangnya mengandungi konsentrasi bahan aktif yang tinggi, 1-2 titis serum sudah memadai untuk digunakan seluruh wajah.

Jika kulit jenis berminyak, memadai menggunakan serum sahaja. Tetapi jika kulit normal atau kering amat disarankankan menggunakan serum dengan pelembab untuk mendapat kesan yang optimum.

Kesimpulan
Serum bukan tergolong dalam produk wajib dalam rutin penjagaan diri, tetapi jika anda mempunyai masalah kulit yang spesifik seperti jerawat, jeragat, dan sebagainya amat disarankan untuk menggunakan serum kerana kandungan bahan aktif serum yang tinggi yang boleh membantu masalah kulit dengan lebih cepat dan efektif.

Serum juga amat sesuai digunakan jika anda ingin meningkatkan kesihatan kulit anda agar lebih cantik berseri.



Tokyo Organic Rose Serum x Anne Nita adalah produk penjagaan diri (serum) tidak mengandungi sebarang bahan berbahaya . Tokyo Organic Rose Serum x Anne Nita diformulasi dan dibuat di Jepun dengan kawalan kualiti dan keselamatan yang tinggi.

Berminat untuk dapatkan produk Tokyo Organic Rose Serum x Anne Nita, boleh dapatkan dari senarai agen sah kami di sini





Sumber:
https://www.huffingtonpost.com/2015/03/03/what-is-face-serum_n_6761412.html
https://www.makeup.com/skin-serums
https://www.independent.co.uk/life-style/fashion/why-use-serum-how-to-beauty-products-skincare-sunday-riley-aesop-the-ordinary-a7766186.html

Comments

Popular posts from this blog

Panduan: Adakah anda mengalami Purging atau Breakout?

10 Sebab Mengapa Sabun Glycerin Lebih Baik Dari Sabun Lain

[ INFO ] Mineral Oil - Yay Atau Nay?

Subscribe to our mailing list

* indicates required