7 Sebab Punca Jerawat, Nombor 4 Mungkin Ramai Tidak Tahu!

Jerawat adalah salah satu musuh utama semua wanita. Tetapi sebelum kita benci jerawat, jom kenal pasti apa punca "Miss J" ni suka tumbuh di muka kita!


Image result for causes of acne


1. Hormon
Seperti yang diketahui, perubahan hormon memainkan peranan yang besar terutamanya semasa menstruasi. Hormon androgen (hormon lelaki seperti testosteron) dihasilkan semasa proses menstruasi dan menyebabkan jerawat kebiasaanya di bahagian dagu, leher dan belakang badan.


2. Stress
Ya! Stress boleh menyumbang kepada masalah jerawat. Ibu bekerjaya antara individu yang mempunyai tinggi kemungkinan untuk mengalami stress.

Apabila anda stress, organ yang dikenali sebagai adrenal gland akan merembeskan hormon kortisol yang bertanggungjawab untuk mengawal stress. Malangnya, sedikit hormon testosteron juga akan dirembeskan bersama-sama hormon kortisol. Bagi wanita, hormon lelaki seperti testosteron ini boleh menyebabkan kantung minyak pada kulit merembeskan lebih banyak minyak -- punca kepada masalah jerawat!

Image result for causes of acne


3. Pencemaran
Pencemaran udara contohnya, hanya akan "meletakkan" lapisan "sampah" pada muka anda, terutamanya jika anda tinggal di bandar. Pencemaran udara seperti asap pembakaran kilang, asap kereta, debu dan sebagainya mengandungi pelbagai jenis toksik dan boleh menyebabkan liang pori-pori tersumbat. Ini adalah punca masalah jerawat!

Jadi pastikan selepas anda pulang, cuci muka dengan bersih dan jangan lupa manjakan kulit anda dengan Serrose sekali ya!


4. Cuci Muka Terlalu Kerap
Cuci muka adalah bagus, tetapi jika dilakukan terlampau kerap boleh menjadi sebaliknya.
Cuci muka secara optimum adalah 2 kali sehari sahaja dan jika anda mencuci muka terlampau kerap, ianya akan mengeringkan muka anda dan secara tak lansung menyebabkan muka anda menghasilkan lebih banyak minyak!

Jadi ianya menjadikan masalah kulit berminyak anda lebih teruk, dan jerawat lebih banyak!


5. Guna Produk Yang Salah
This point is quite clear.
Tidak semua skincare sesuai untuk semua masalah kulit. Contohnya jika anda berkulit oily atau kulit yang amat sensitif, elakkan produk yang menggunakan bahan seperti silikon, mineral oil dan yang mengandungi "oil based". Ini kerana bahan ini berpotensi untuk menyumbat pori-pori anda dan menjadikan masalah anda lebih teruk!

Perlu diketahui, bila kulit anda tidak sesuai dengan sesuatu produk, ianya akan menunjukkan tanda-tanda reaksi seperti jerawat! Jadi jika anda mencuba skincare yang baru pastikan anda buat patch test dahulu dan lihat tanda reaksi selepas 3 hari. Jika tiada tanda-tanda reaksi, skincare baru anda adalah sesuai untuk kulit anda!


6. Pemakanan
Ya, pemakanan juga boleh mempengaruhi kesihatan kulit seseorang.
Walaupun tiada bukti kukuh yang mengaitkan pemakanan dengan jerawat, tetapi jika anda dapati anda alergi pada bahan tenusu contohnya, elakkan dari makan/minum bahan yang mengandungi produk tenusu. Ini kerana ianya boleh menyebabkan masalah jerawat anda makin teruk!

Begitu juga dengan cili, koko, kekacang dan sebagainya. Anda adalah menjadi tanggungjawab anda sendiri apa yang anda alergi dan elakkan dari menggunakan skincare/kosmetik yang mengandungi bahan seperti itu.


Image result for causes of acne



7. Kebersihan
Kebersihan adalah salah satu kunci utama kepada kesihatan kulit. Kebersihan merangkumi dari pemakanan, pakaian sehingga tempat tidur. Alas bantal khususnya, perlu ditukar setiap 3 hari sebaik-baiknya. Ini kerana alas bantal boleh menjadi tempat pembiakan bakteria dan menpunyai sentuhan terus pada muka anda. Jadi, pastikan alas bantal anda ditukar setiap 3 hari ya!



Jadi, apa kata anda?
Sudah jumpa culprit yang menyebabkan jerawat pada muka?
Jangan risau... Your flawless skin is only one step away with Serrose :)



Tokyo Organic Rose Serum x Anne Nita juga boleh digunakan sebagai alternatif untuk mendapat kulit yang sihat . Tokyo Organic Rose Serum x Anne Nita diformulasi dan dibuat di Jepun dengan kawalan kualiti dan keselamatan yang tinggi.

Berminat untuk dapatkan produk Tokyo Organic Rose Serum x Anne Nita, boleh dapatkan dari senarai agen sah kami di sini



Sumber:
https://www.self.com/story/adult-acne-causes-and-treatments

Comments

Popular posts from this blog

Panduan: Adakah anda mengalami Purging atau Breakout?

10 Sebab Mengapa Sabun Glycerin Lebih Baik Dari Sabun Lain

[ INFO ] Mineral Oil - Yay Atau Nay?

Subscribe to our mailing list

* indicates required