[ TIPS ] Bagaimana Membersihkan Peralatan Make Up?


Bila  diperkatakan mengenai pembersihan alatan make up,  ramai yang mungkin memandang ringan tentang perkara ini. Sebenarnya, pembersihan alatan make up adalah sangat penting untuk dilakukan secara berkala. Alatan make up yang kurang bersih boleh menyebabkan jangkitan bakteria pada kulit  -- penyebab masalah jerawat dan sebagainya!

Alatan make up yang kurang bersih menyebabkan jangkitan bakteria pada kulit anda -- penyebab masalah jerawat dan sebagainya!

Cara-cara Membersihkan Peralatan Make Up

SPAN MAKE UP
1. Basah. Basahkan span make up anda dengan air suam.
2. Basuh. Gunakan beberapa titik baby shampoo & basuh span make up anda. Pastikan kesan-kesan foundation tertanggal sehingga bersih.
3. Bilas. Bilas sehingga bersih.
4. Kering. Keringkan span tersebut dengan menggunakan tuala bersih. Juga boleh biarkan sehingga kering.
5. Ulang. Span make up hendaklah dibersihkan sekurang-kurangnya sekali dalam masa 2 minggu atau apabila ia kelihatan tidak bersih. Pembersihan secara berkala boleh menjamin kebersihan span.

BERUS MAKE UP
1. Basah. Bersihkan berus dengan air mengalir ke arah bawah kerana jika tidak, ia boleh merosakkan berus anda.
2. Bersih. Bersihkan berus dengan menggunakan baby shampoo. Bilas & ulang sehingga berus betul2-betul bersih.
3. Menyahkuman. Bila berus anda telah bersih, sekarang anda boleh menyahkuman. Campurkan 2 bahagian air & 1 bahagian cuka ke dalam bekas. Rendamkan berus ke dalam bekas dalam 1-2 minit. Bilas dengan air  bersih.
4. Kering. Keringkan dengan tuala bersih & biarkan semalaman untuk kering. Pastikan berus diletakkan (lay flat) atas tuala. 
5. Ulang. Berus make up hendaklah dibersihkan sekurang-kurangnya sekali seminggu. Pembersihkan secara berkala boleh menjaga kebersihan span.

BERUS RAMBUT / SIKAT
1. Persediaan. Buang sisa rambut yang ada melekat pada berus rambut anda. Gunakan sikat rambut atau pencungkil gigi jika perlu.
2. Rendam. Rendamkan ke dalam bekas yang berisi air & campur beberapa titik baby shampoo. Jika berus rambut anda dari plastik boleh rendam sepenuhnya, jika mengandungi fabrik, rendam bahagian berus sahaja.
3. Scrub. Untuk pembersihan yang lebih baik, gunakan berus gigi yang lama (yang tidak digunakan lagi) kemudian gosokkan pada bahagian berus. Ulang sehingga bersih.
4. Kering. Kering & letakkan atas tuala bersih. Pastikan bahagian berus mengadap tuala untuk memastikan air jatuh ke atas tuala. Biarkan semalaman.
5. Ulang. Berus rambut hendaklan dicuci sekurang-kurangnya sekali sebulan. Pembersihan secara berkala boleh menjaga kebersihan berus.

ALATAN BESI (METAL TOOLS)
1. Basuh. Untuk alatan besi, basuh dengan air bersih & sabun antibakteria.
2. Bersih. Bersihkan menggunakan alkohol . Jika alatan tersebut akan digunakan pada muka anda, boleh bersihkan dengan air bersih. Jika tidak, tidak perlu.
3. Ulang.  Alatan besi hendaklan dicuci sekurang-kurangnya 2 kali sebulan. Pembersihan secara berkala boleh menjaga kebersihan alatan besi.


Percaya atau tidak, walaupun dalam era serba canggih, masih belum wujud alatan yang dicipta khas untuk membersihkan alatan make up dengan mudah. Anda masih perlu melakukannya secara manual


Kesimpulan
Masalah kulit seperti jerawat bukan sahaja berlaku kerana perubahan hormon dan persekitaran, tetapi juga berkait rapat dengan kebersihan. Kebersihatan peralatan make up terutamanya, antara faktor terbesar yang menyumbang kepada kesihatan kulit kerana alatan make up ini digunakan secara terus ke kulit muka, setiap hari. Jadi, jika anda  menggunakan make up setiap hari (& menggunakan alatan make up), pastikan bersihkan alatan tersebut secara berkala ya! Jom cakna kebersihatan alatan make up untuk kesejahteraan kulit! 


Selain menggunakan peralatan make up yang bersih, Tokyo Organic Rose Serum x Anne Nita juga boleh digunakan sebagai alternatif untuk mendapat kulit yang sihat . Tokyo Organic Rose Serum x Anne Nita diformulasi dan dibuat di Jepun dengan kawalan kualiti dan keselamatan yang tinggi.

Berminat untuk dapatkan produk Tokyo Organic Rose Serum x Anne Nita, boleh dapatkan dari senarai agen sah kami di sini


Comments

Popular posts from this blog

[ INFO ] : 3 Sebab Utama Menggunakan Serum

Panduan: Adakah anda mengalami Purging atau Breakout?

[ INFO ] Cara Guna Tokyo Organic Rose Serum

Subscribe to our mailing list

* indicates required