Hydration vs Moisture : Apa Perbezaannya?

Hydrating (Hidrat)


Hidrasi kebiasaanya berkadar lansung dengan jumlah air yang kita minum. Tetapi, menghidrasikan kulit tidak sama seperti kita hidratkan badan. Ya, minum air boleh membantu untuk hidratkan kulit, tetapi bukan ini sahaja yang perlu diambil kira untuk kita kekalkan kandungan air dalam sel kulit kita.

Kepentingan Kulit yang Cukup Air


Bila kulit cukup air, ia akan menjadi plump, bouncy dan memantulkan cahaya dengan efektif, jadi kulit kelihatan glowing. Jika kulit tidak cukup air, ini menjadikan kulit tidak bermaya. Bayangkan sel kulit anda adalah belon air mini, dalam keadaan yang sihat belon air mini ini penuh dengan air, padu, bouncy dan memantulkan cahaya dengan efektif (glowing).

Bayangkan pula jika air mengalir keluar dari belon air mini itu secara berterusan, belon air mini kelihatan tidak bouncy, tidak dapat memantulkan cahaya dan nampak tidak bermaya sahaja.

Walaupun kita telah kesan kebocoran pada mini belon air tersebut, dan telah menampal kebocoran itu, belon air mini tu tetap nampak tidak bermaya kerana telah kehilangan air. Jadi, air perlu ditambahkan ke dalam belon air mini tersebut supaya ianya kelihatan lebih sihat dan bermaya. Jadi, inilah fungsi skin hydrator (penghidrasi kulit).

Image result for dry skin

3 Cara Untuk Hidratkan Kulit Anda


1. Minum Air Secukupnya
Minum sekurang-kurangnya 8 gelas sehari amat membantu anda untuk mencapai tahap air yang mecukupi dalam badan. Tetapi, jika anda minum kafein atau alkohol, anda perlu minum lebih banyak air.

2. Gunakan Face Mist
Elakkan Face Mist yang mengandungi alkohol kerana ianya akan menjadikan kulit anda lebih kering. Sebaiknya, gunakan Face Mist yang mengandungi Hyaluronic Acid (HA), atau Aloe Vera yang dapat membantu mengimbangi kadar air dalam kulit anda.

3. Guna Serum Setiap Hari
Elakkan serum yang mengandungi alkohol dan gunakan serum yang mengandungi Hyaluronic Acid (HA) yang tinggi. Rekomendasi saya adalah boleh gunakan Tokyo Organic Rose Serum kerana selain ianya adalah berasaskan bahan-bahan natural & semulajadi, ianya juga mengandungi HA yang tinggi.

Moisturizing (Melembab)


Jika anda telah minum banyak air, dan telah buat kesemua tips di atas, tetapi anda masih rasa kulit kering dan kusam, ini bermakna anda perlu menggunakan pelembab.

Kulit kering, kusam, tak bermaya, adalah tanda kulit anda tidak menghasilkan sel lipid yang cukup. Masih ingat perumpamaan belon air mini yang bocor di atas? Ianya berlaku kerana minyak semulajadi kulit anda tidak mencukupi.


Apa itu Pelembab?


Pelembab adalah bahan/produk yang dapat menutup kebocoran dan mengelakkan kulit anda kehilangan air. Pelembab biasanya bertindak dengan menghasilkan lapisan perlindungan di atas kulit anda, untuk mengelakkan kehilangan air berlaku.

Hydrator vs Moisturizer


Sepertimana yang kita ketahui, badan kita mengandungi 50-75% kandungan air. Jadi menjaga jandungan air dalam badan adalah amat penting untuk mendapatkan kulit yang sihat. Hydrator dan Moisturizer, kedua-duanya memberikan peranan yang penting dan fungsi utama yang sama - iaitu mencapai keseimbangan kandungan air dalam badan.

Apabila kulit mencapai kandungan air yang secukupnya, ia akan menghasilkan kulit yang sihat, bouncy dan glowing.

Comments

Popular posts from this blog

Panduan: Adakah anda mengalami Purging atau Breakout?

10 Sebab Mengapa Sabun Glycerin Lebih Baik Dari Sabun Lain

[ INFO ] Mineral Oil - Yay Atau Nay?

Subscribe to our mailing list

* indicates required