Panduan: Adakah anda mengalami Purging atau Breakout?

Perasan tak, kadang-kadang, bila kita cuba pakai skincare baru, tiba-tiba banyak jerawat keluar? Lagi-lagi masa 2-3 minggu pertama guna skincare tu. Kita pun dah risau & fikir mungkin skincare tu tak sesuai untuk kulit kita dan akan rasa nak berhenti serta-merta. Pernah kan?

Tapiiiii,
Adakah itu menandakan skincare tu tak sesuai dengan kulit kita?
Ataupun sebenarnya, itu menandakan skincare tu sedang 'bekerja' untuk kulit kita?



Sebenarnya, memang agak normal jika kita bertukar skincare, kulit akan menunjukkan sedikit reaksi. Ada yang berpendapat kulit baru nak sesuaikan dengan skincare baru dan ada juga pendapat yang menyatakan bahawa ini adalah proses detoksifikasi kulit -- iaitu "Purging".

Apa itu Purging?

Purging dalam bahasa mudah adalah proses detoks kulit.
Semasa proses Purging (proses detoks kulit), toksin dalam kulit akan dikeluarkan dan pori-pori tersumbat akan dibersihkan. Jadi, akan banyak jerawat akan keluar, kadang-kadang lebih teruk dari masalah jerawat yang ada sebelumnya! Tapi jangan risau, sebab tempoh detoks kulit ini sementara sahaja, lebih kurang dlm 2-4 minggu pertama (dan mungkin ada yang sehingga 3 bulan, bergantung pada kulit) dan selepas tempoh purging, sel kulit baru akan tumbuh, kulit akan kembali normal dan lebih cantik dari sebelumnya!


Kenapa Purging berlaku?

Bagi produk yang mempunyai bahan aktif seperti AHA, BHA & retinoids, proses Purging ini mungkin akan berlaku pada sesetengah kulit. Ini kerana bahan aktif seperti AHA, BHA & retinoids ini menggalakkan pertumbuhan sel kulit baru dengan cepat dan mempercepatkan penanggalan sel kulit mati pada kulit. Oleh itu, pada sesetengah kulit akan kelihatan sedikit selolah-olah "mild peeling" pada kulit kerana proses Purging yang menanggalkan sel kulit mati tersebut. Proses purging juga menyebabkan jerawat-jerawat terpendam lebih ketara (kerana penanggalan sel kulit mati tersebut) dan selepas kulit dibersihkan secara total, sel kulit baru akan muncul dan proses purging akan berhenti.


Apa itu Breakout

Breakout pula adalah proses reaksi kulit yang memang menunjukkan produk tersebut tidak sesuai dengan kulit kita, atau dalam bahasa mudahnya, kulit anda rosak. Mungkin kerana, ada sesetengah bahan dalam produk tu tidak sesuai dengan kulit, jadi ianya menyebakan masalah jerawat yang ketara, pori tersumbat dan sebagainya.

Bagaimana nak bezakan reaksi kulit adalah Purging atau Breakout?

Agak sukar untuk membezakan reaksi kulit adalah disebabkan oleh Purging atau Breakout kerana simptom kedua-duanya seakan sama. Tetapi, sedikit tips boleh dijadikan panduan seperti berikut:



Bagaimana pula dengan Tokyo Organic Treatment Soap (TOTS)?

TOTS mempunyai bahan aktif AHA. Jadi, kemungkinan besar pada permulaan penggunaan, anda boleh mengalami Purging (bergantung pada reaksi kulit, mungkin ada yang tidak mengalaminya).
Jadi, jika anda mengalami Purging, jangan risau kerana ianya normal. Teruskan penggunaan sehingga proses Purging habis atau sekurang-kurangnya 3 bulan penggunaan.

Apa itu AHA dan apakah bahan yang digunakan dalam TOTS yang mengandungi AHA?

AHA atau Alpha-Hidroxy Acid, iaitu molekul yang banyak ditemui dalam buah-buahan. Molekul Alpha-Hidroxy Acid, yang bersaiz sangat-sangat kecil boleh menembusi hingga ke lapisan dalam kulit dan amat berkesan untuk membantu pertumbuhan sel kulit baru.



Dalam TOTS, bahan yang mengandungi AHA seperti:

  • Glycolic Acid - dari tebu
  • Lactic Acid - dari susu
  • Malic Acid - dari epal & pear


Apakah kelebihan AHA dan mengapa ianya digunakan dalam TOTS?

Selain bertindak untuk menggalakkan pertumbuhan sel kulit baru, AHA juga bertindak sebagai "natural scrub" yang tidak kasar pada kulit seperti scrub biasa. Ini kerana ianya bertindak dari dalam kulit, kebanyakan nya anda tidak akan rasa apa-apa tetapi hanya akan dapati kulit anda lebih licin, cerah berseri selepas tempoh tertentu.

Antara kebaikan lain AHA adalah ianya juga boleh mencerahkan kulit kusam, parut dan jeragat.



Faham sekarang?
Jadi skincare anda sekarang menyebabkan Purging (detoks kulit) atau Breakout (kulit rosak) ? ;)



Jom bertukar kepada TOTS!



Boleh dapatkan di website di sini ya atau melalui AGEN SAH kami di sini ya!


TOKYO ORGANIC Treatment Soap
Semestinya Natural & Organik, 
100% buatan Jepun :)






Sumber:

  1. PURGING VS BREAKOUTS: WHEN TO DITCH YOUR SKINCARE
  2. HOW TO TELL IF YOU'RE PURGING OR BREAKING OUT
  3. Is Your Skin Purging, Or Just Breaking Out?
  4. What Are AHAs and Should I Use Them In My Skin Care Regime
  5. Question: Am I purging or just breaking out?



Comments

Popular posts from this blog

10 Sebab Mengapa Sabun Glycerin Lebih Baik Dari Sabun Lain

[ INFO ] Mineral Oil - Yay Atau Nay?

Subscribe to our mailing list

* indicates required