[ INFO ] Bahaya Merkuri dalam Produk Penjagaan Diri dan Kosmetik

Bayangkan jika termometer merkuri pecah dalam makmal sains sekolah, pihak sekolah akan panggil bomba untuk bersihkan, bagaimana pula kita sengaja nak letak merkuri pada muka kita?

Lambakan produk penjagaan diri dan kosmetik di pasaran adalah sesuatu yang perlu diambil perhatian kerana terdapat segelintir produk yang tidak selamat untuk digunakan kerana tidak menepati garis piawaian keselamatan kosmetik/ penjagaan diri yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. 

Apa yang lebih membimbangkan, pengguna juga sering dikhabarkan dengan kesan drastik yang dijanjikan oleh produk-produk tersebut sehingga mengaburi mata pengguna mengenai kandungan bahan yang digunakan dan keselamatan produk tersebut.



Apa itu Merkuri?

Merkuri atau raksa ialah logam berat yang hadir secara semulajadi (salah satu mineral yang wujud di bumi). Merkuri ialah logam yang wujud dalam bentuk cecair pada suhu bilik. Merkuri boleh wujud dalam bentuk unsur, organik dan bukan organik.






Mengapa Merkuri digunakan dalam produk penjagaan diri dan kosmetik?

Merkuri sering digunakan dalam produk penjagaan diri sebagai agen pemutih kerana ianya memberi kesan pemutihan dalam tempoh masa yang amat singkat. 


 Skin care products can lead to mercury poisoning if they contain mercury.


Bagaimana Merkuri bertindak pada kulit anda?

Merkuri bertindak sebagai agen pemutih dengan cara melambatkan, atau dalam sesetengah kes, menghentikan proses penghasilan melanin pada kulit. Melanin adalah pigmen yang dihasilkan oleh kulit yang menentukan tona warna kulit seseorang. Semakin banyak melanin, semakin gelap tona kulit dan sebaliknya. Jumlah penghasilan melanin ini berkait rapat dengan faktor genetik seseorang. Akan tetapi, jika melanin ini sengaja dikurangkan atau tidak dihasilkan lagi, ianya memberi kesan buruk kepada kesihatan seperti:


  • Risiko kanser kulit - Melanin berfungsi untuk melindungi kulit dari sinar berbahaya UV. Jika melanin sengaja dikurangkan, risiko untuk mendapat kanser kulit adalah tinggi.
  • Akibatkan pengurangan vitamin penting pada tubuh - seperti vitamin riboflavin, tocopherol dan vitamin yang berkaitan
  • Risiko kerosakan mata - Mata juga mempunyai melanin. Jika melanin dikurangkan, ianya mendedahkan mata pada sinaran berbahaya UV yang membawa kepada kerosakan mata
  • Penuaan lebih cepat - Kerana tiada melanin untuk melindungi kulit dari sinaran UV yang membawa kepada faktor penuaan lebih cepat.



Jika pengurangan melanin sahaja telah beri kesan buruk, bagaimana pula dengan penggunaan Merkuri itu sendiri?


Merkuri, seperti yang umum tahu, adalah logam berat yang boleh diserap ke dalam tubuh. Pendedahan kepada merkuri bukan saja boleh memberi kesan mudarat terhadap kesihatan, bahkan ia boleh memberi kesan pada orang sekeliling dan persekitaran anda. 



Kesan pada tubuh

Produk penjagaan diri mahupun kosmetik yang dicampur dengan merkuri boleh menyerap ke dalam badan serta darah dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf.


 

Selain daripada kerosakan buah pinggang, merkuri juga boleh menyebabkan ruam, iritasi, perubahan pada kulit, penyahwarnaan dan parut pada kulit serta mengurangkan pertahanan kulit untuk melawan jangkitan bakteria dan kulat. Kesan lain merkuri juga dikaitkan dengan gejala keresahan dan kemurungan atau gila.


Kesan pada sekeliling

Oleh kerana merkuri boleh meruap, pemakaian produk yang mengandungi merkuri pada tubuh juga boleh menyebabkan merkuri meruap dari kulit pemakai. Ini bermakna, orang sekeliling pemakai juga berisiko untuk terdedah pada bahaya merkuri. Bayangkan jika anda menggunakan produk merkuri setiap hari dan ini bermakna, semua individu yang berdekatan dengan anda, samada di rumah atau di pejabat mempunyai risiko mendapat penyakit berkaitan merkuri, walaupun mereka tidak memakai produk yang mengandungi merkuri!


Selain itu, bayi juga berisiko untuk mendapat pendedahan kepada merkuri tidak terkecuali bayi yang berada dalam kandungan. Penggunaan produk yang mengandungi merkuri oleh ibu mengandung boleh menggangu perkembangan otak bayi dalam kandungan dan berisiko melahirkan bayi pra-matang.


Kesan pada alam sekitar

Produk seperti sabun yang mengandungi merkuri biasanya menghasilkan buih yang dibuang ke dalam sistem saliran. Ini bermakna, air yang mengandungi merkuri ini akan dilepaskan ke sungai/laut dan seterusnya menjadikan ikan atau haiwan laut berisiko untuk mengandungi merkuri dalam badan. 

Secara tak lansung, pemakan haiwan laut juga berisiko mendapat penyakit yang berkaitan dengan merkuri, walaupun kita tak guna produk yang mengandungi merkuri!

Perlu diingat bahawa merkuri adalah logam berat yang sukar untuk dilupuskan dan ianya boleh berada dalam satu-satu tempat dalam tempoh masa yang lama.


Jadi, bagaimana untuk mengenalpasti produk yang mengandungi Merkuri?


  • Baca label
  • Jangan gunakan produk yang tiada label ingredient
  • Lebih berhati-hati jika produk menjanjikan kesan pemutihan dalam masa singkat
  • Produk bermerkuri biasanya kelihatan berkilat, berwarna kekelabuan
  • Produk bermerkuri akan bertukar warna kehitaman selepas tempoh tertentu / selepas didedahkan kepada sinar matahari.


Adakah anda tahu jika bahan-bahan dalam produk skincare atau kosmetik anda mengandungi merkuri atau bahan-bahan terlarang yang boleh memudaratkan kesihatan?


Kesimpulan
Sebagai pengguna, amat penting untuk lebih berjaga-jaga dalam memilih produk penjagaan diri & kosmetik. Baca label sebelum membeli dan pastikan anda tahu kandungan dalam setiap produk yang anda guna.


Tokyo Organic Rose Serum x Anne Nita adalah produk penjagaan diri (serum) tidak mengandungi sebarang bahan berbahaya termasuk Merkuri. Tokyo Organic Rose Serum x Anne Nita diformulasi dan dibuat di Jepun dengan kawalan kualiti dan keselamatan yang tinggi.

Berminat untuk dapatkan produk Tokyo Organic Rose Serum x Anne Nita, boleh dapatkan dari senarai agen sah kami di sini






Rujukan:
http://www.who.int/ipcs/assessment/public_health/mercury_flyer.pdf
http://www.cosmeticsinfo.org/mercury
https://www.consumerreports.org/beauty-personal-care/avoiding-mercury-poisoning-from-skin-care-products/
https://www.womenshealthmag.com/beauty/mercury-poisoning
https://health.onehowto.com/article/what-happens-when-melanin-decreases-11156.html
http://www.utusan.com.my/rencana/utama/merkuri-bertoksik-dalam-produk-kosmetik-1.273767
https://www.majalahsains.com/bahaya-merkuri-di-dalam-kosmetik/
https://www.hmetro.com.my/utama/2017/10/272763/tujuh-produk-kosmetik-ini-merbahaya
http://www.itma.upm.edu.my/artikel/bahaya_merkuri_di_dalam_kosmetik-30253

Comments

Popular posts from this blog

Panduan: Adakah anda mengalami Purging atau Breakout?

10 Sebab Mengapa Sabun Glycerin Lebih Baik Dari Sabun Lain

[ INFO ] Mineral Oil - Yay Atau Nay?

Subscribe to our mailing list

* indicates required