[ FAKTA ] 4 Sebab Mengapa Cerahkan Kulit Tidak Bagus

Pernah tak kita terfikir kenapa warna kulit manusia berbeza-beza? Ada yang berkulit putih, berkulit sawo matang, berkulit kuning langsat, berkulit gelap dan sebagainya. Kenapa manusia tidak dijadikan mempunyai 1 tone kulit sahaja? 



Berbagai tona kulit manusia

Organ terbesar pada tubuh manusia adalah kulit. Ianya berfungsi seperti selimut bagi tubuh kita dan juga yang paling cepat tumbuh. Kulit menutupi 2 meter persegi tubuh manusia dewasa dan menyimpan 20% air dalam badan. Ia penuh dengan lipid dan protein untuk memastikan kulit anda sihat dan lembap, dan kulit mempunyai fungsi perlindungan kesihatan yang penting seperti melindungi diri kita daripada jangkitan dan membantu mengurangkan suhu kita.

Keratan rentas kulit manusia


Kulit kita terbahagi kepada lapisan epidermis di bahagian atas dan dermis di bahagian bawah. Epidermis diperbuat dari lapisan sel-sel yang mempunyai peringkat kematangan yang berbeza dan sel-sel ini dikenali sebagai keratosit (keratocyte).


Warna Kulit ditentukan oleh Melanin

Manusia mempunyai warna kulit yang berbeza kerana warna kulit ini sebenarnya ditentukan oleh kandungan sejenis pigmen yang dikenali sebagai melanin. Selain menentukan warna kulit, melanin juga menentukan warna rambut dan warna mata anda. Melanin dihasilkan oleh sejenis sel yang dikenali sebagai melanosit (melanocyte).

Penghasilan melanin dipengaruhi oleh beberapa perkara seperti faktor genetik, adaptasi tubuh badan dan lokasi kedudukan seseorang.

 1. Adaptasi Tubuh Badan

Warna kulit mempunyai kaitan dengan adaptasi tubuh badan bukan sahaja sebagai pelindung tetapi juga sebagai kaedah menangani masalah kekurangan vitamin D dan penyerapan kalsium.


Pendedahan kulit kepada cahaya sinaran UV akan meransang sel melanosit untuk menghasilkan melanin dalam masa beberapa jam sahaja. Jadi kulit akan kelihatan lebih gelap apabila terdedah kepada sinaran UV hasil dari ransangan sel melanosit untuk meningkatkan penghasilan melanin. UV juga penting di dalam penghasilan vitamin D oleh kulit.

2. Faktor Genetik

Selain dari adaptasi tubuh badan, faktor genetik memainkan peranan utama menentukan warna kulit. Seperti yang diketahui orang Eropah kebanyakan berkulit cerah, orang Afrika berkulit gelap dan orang Melayu berkulit sederhana cerah. Akan tetapi, jika seseorang itu mempunyai genetik campuran Eropah & Afrika contohnya, warna kulit akan berubah mengikut genetik yang terhasil.


3. Lokasi Kedudukan Seseorang

Selain bergantung kepada faktor genetik, penghasilan melanin juga dipengaruhi oleh kedudukan seseorang di benua-benua tertentu di dunia yang menerima sinaran UV yang berbeza. Sinaran UV adalah paling tinggi di kawasan khatulistiwa (Afrika, India, beberapa negara asia dan lain-lain), manakala kurang di bahagian benua Amerika, Eropah, kutub utara dan kutub selatan. Oleh itu dapat dilihat mereka yang tinggal berdekatan garisan khatulistiwa di mana banyak menerina UV lebih gelap berbanding tona kulit yang tinggal lebih jauh dari garisan khatulistiwa.


Tona kulit manusia

Semakin banyak mengandungi pigmen melanin,  semakin gelap tona kulit. Sebaliknya, semakin sedikit pigmen melanin, semakin cerah tona kulit.


Jika sudah dijadikan sedemikian sempurna, apa akan berlaku jika kita cuba mengubah tona kulit?
Jika melanin ini sengaja dikurangkan atau tidak dihasilkan lagi dengan apa cara sekalipun seperti menggunakan produk bermerkuri contohnya, ianya memberi kesan buruk kepada kesihatan seperti:
  1. Risiko kanser kulit - Melanin berfungsi untuk melindungi kulit dari sinar berbahaya UV. Jika melanin sengaja dikurangkan, risiko untuk mendapat kanser kulit adalah tinggi.
  2. Akibatkan pengurangan vitamin penting pada tubuh - seperti vitamin riboflavin, tocopherol dan vitamin yang berkaitan
  3. Risiko kerosakan mata - Mata juga mempunyai melanin. Jika melanin dikurangkan, ianya mendedahkan mata pada sinaran berbahaya UV yang membawa kepada kerosakan mata
  4. Penuaan lebih cepat - Kerana tiada melanin untuk melindungi kulit dari sinaran UV yang membawa kepada faktor penuaan lebih cepat.


Kesimpulan
Tona kulit telah dijadikan cukup sempurna untuk setiap manusia. Jadi tidak perlu menjadi cerah untuk kelihatan cantik, kerana setiap manusia adalah cantik dengan keunikan tersendiri. Memadai untuk kita menjaga kulit agar sentiasa sihat. Bila kulit sihat, automatik akan kelihatan cantik. Be thankful is the key for beauty!


Tokyo Organic Rose Serum x Anne Nita adalah produk penjagaan diri (serum) tidak mengandungi sebarang bahan berbahaya termasuk harsh chemical. Tokyo Organic Rose Serum x Anne Nita diformulasi dan dibuat di Jepun dengan kawalan kualiti dan keselamatan yang tinggi.

Berminat untuk dapatkan produk Tokyo Organic Rose Serum x Anne Nita, boleh dapatkan dari senarai agen sah kami di sini




Sumber:
https://www.faktasains.com/single-post/2016/06/21/Produk-Pencerah-Kulit-Mitos-dan-Realiti

Comments

Popular posts from this blog

Panduan: Adakah anda mengalami Purging atau Breakout?

10 Sebab Mengapa Sabun Glycerin Lebih Baik Dari Sabun Lain

[ INFO ] Mineral Oil - Yay Atau Nay?

Subscribe to our mailing list

* indicates required