5 Kesilapan Mencuci Muka

Kadang-kala, walaupaun kita sudah pakai pencuci muka paling bagus pun, masih kurang berkesan untuk mendapatkan wajah yang "flawless" tanpa cela. Adakah pencuci itu tidak berkesan? Mungkin ya dan mungkin tidak. 

Ada banyak faktor penyumbang kepada situasi ini -- tidak hanya pada pencuci itu sendiri.
Antaranya termasuklah cara mencuci yang salah. Adakah anda tergolong dalam golongan ini? Let's check it out!


  1. Mengguna Pencuci yang Salah

Tidak semua pencuci muka sesuai pada semua jenis kulit. Ini kerana, ada sesetengah yang mempunyai kulit jenis berminyak, makan lebih sesuai untuk pencuci khas untuk kulit berminyak. Ini kerana, pencuci jenis ini, mengandungi bahan ramuan yang mampu mengurangkan penghasilan sebum (minyak) pada muka.

Jadi, jika anda berkulit kering, menggunakan pencuci untuk kulit berminyak, ia akan menjadikan kulit anda lebih kering kerana anda akan kekurangan minyak yang sepatutnya menjadikan kulit anda lebih lembab, dan begitu juga sebaliknya. 

Adalah dinasihatkan untuk anda menggunakan pencuci muka yang bersesuaian dengan kulit & masalah anda.

Bagaimana pula dengan sabun TOKYO ORGANIC Treatment Soap (TOTS)?Sabun TOTS dibuat khusus untuk semua jenis kulit, kulit berminyak, kering, normal, kombinasi mahupun sensitif. Ini kerana TOTS mengandungi kandungan ramuan yang Natural & Organik yang sangat lembut pada kulit. Ia juga boleh digunakan untuk bayi. Jadi tidak hairanlah, jika TOTS boleh digunakan untuk semua jenis kulit, lelaki mahupun wanita!

2. Menggunakan air yang terlalu panas atau terlalu sejuk



Terdapat sesetengah orang suka mencuci muka dengan air panas kerana rasa lebih segar dengan cucian air panas setelah penat seharian bekerja di luar. Tetapi tahukah anda, mencuci muka dengan air yang terlalu panas boleh menghilangkan kelembapan pada kulit dan menjadikan kulit anda terlalu kering?

Mencuci muka dengan air yang terlalu sejuk pula tidak mampu membersihkan kotoran pada muka anda kerana air yang terlalu sejuk akan menyebabkan pori-pori anda tertutup, jadi pencuci yang anda gunakan tidak dapat membersihkan kotoran sehingga ke dalam pori-pori muka anda. Jika ini berlanjutan, ia akan menyebabkan pori-pori tersumbat dan menjadikan black/white heads & juga jerawat!

Oleh itu, seeloknya mencuci muka dengan air sederhana panas (suam) sahaja. Ianya membantu untuk pori-pori mengembang sedikit & juga tidak menyebabkan kelembapan muka hilang! Jadi anda boleh mendapat cucian yang bersih secara total!



3. Over-peeling atau Over-exfoliating




Melakukan scrub tidak sepatutnya terlalu kerap, cukup hanya 1-2 kali seminggu. Penggunaan scrub yang betul boleh membuang sel-sel kulit mati dan menggantikan dengan sel-sel kulit baru yang sihat. Akan tetapi, jika terlalu kerap menggunakan scrub ia akan menipiskan kulit dan mengeringkan kulit anda. Jadi, hati-hati ya!



4. Guna tuala yang tidak bersih



Tahukah anda, menggunakan tuala yang kotor boleh menjadi medan penyebaran bakteria pada muka? Jadi, seeloknya gunakan tuala yang bersih & perlu ditukar setiap hari. Jangan gosok tuala pada muka, sebaliknya tekap saja pada muka sudah memadai untuk keringkan muka. Ini kerana geseran yang kasar boleh merosakkan permukaan kulit anda!



5. Tidak tanggalkan make up sebelum tidur




Memakai make up semasa tidur adalah tabiat yang tidak sihat. Ini kerana, sewaktu tidur, kulit perlu mendapat rehat sewajarnya dan perlu bebas dari apa-apa make up. Kulit yang mendapat rehat sewajarnya mampu menjadi kulit yang sihat. Jadi, untuk mendapatkan wajah yang bebas cela, haruslah diberikan rehat yang secukupnya ya!



Cukup tak 5 tips ni? Jom amalkan gaya penjagaan muka yang betul dari sekarang!
Jika berminat mahu dapatkan Sabun TOKYO ORGANIC Treatment Soap, boleh dapatkan di website disini ya atau melalui AGEN SAH kami di sini ya!


TOKYO ORGANIC Treatment Soap
Semestinya Natural & Organik, 
100% buatan Jepun :)


Comments

Popular posts from this blog

Panduan: Adakah anda mengalami Purging atau Breakout?

10 Sebab Mengapa Sabun Glycerin Lebih Baik Dari Sabun Lain

[ INFO ] Mineral Oil - Yay Atau Nay?

Subscribe to our mailing list

* indicates required