Adakah "Healing Crisis" Wujud?

Saya pasti, mesti ramai pernah dengar term "Healing Crisis", kan? Ada yang kata itu cuma kebohongan yang diada-adakan sesetengah pihak, ada pula yang  mengatakan "Healing Crisis" itu benar-benar wujud.

Apa itu sebenarnya "Healing Crisis"?
A healing crisis is when symptoms from diseases and toxins that are released during a detoxification process manifest themselves. Also known as "Herxheimer Reaction", a healing crisis occurs when toxins stored in the body are released at a faster rate than can be properly eliminated. 
The more toxic one's body is, the more severe the detoxification and the more intense the reaction. 
A healing crisis is characterized by a temporary increase in symptoms during a cleansing or detoxification process. Such symptoms may be mild or severe, depending on the body's original toxicity, but are definitely temporary. 
They can occur immediately, within several days, or even several weeks of a cleansing program. 
Sumber: Pure Inside Out 

Secara analogi nya, bayangkan setiap tahun anda mengecat dinding dengan warna berbeza. Sampai tahun ke-10, anda dapati cat dinding tersebut tidak melekat & tertanggal. Jadi, anda mengambil keputusan untuk menanggalkan cat yang ada pada dinding untuk cat yang baru. Bila anda tanggalkan cat, dari satu lapisan ke satu lapisan, anda akan lihat "rupa" cat anda pada tahun-tahun sebelum ini.

Percaya atau tidak, badan manusia juga bertindak sedemikian cara. Dari tahun ke tahun, berbagai jenis makanan, lemak & toksik kita kumpul kan dalam badan. Sampai satu masa, apabila kita mahu membuat detoksifikasi, kesemua lemak & toksik terkumpul akan disingkirkan dari badan. Proses penyingkiran toksin ini kadang-kala menyebabkan terjadinya "healing crisis".


Bagaimana pula dengan penggunaan produk skincare? 
Umum mengetahui setiap orang mempunyai reaksi kulit yang berbeza. Apabila anda menggunakan produk skincare baru, kulit anda mengambil masa untuk 'serasi' dengan skincare tersebut kerana kulit anda sememangnya berfungsi melindungi tubuh anda dari perubahan luar. Jika anda menukar pencuci muka, contohnya, sesetengah orang akan mengalami simptom seperti jerawat halus, dan sebagainya. Ianya adalah reaksi dari kulit terhadap perubahan yang dialami.


Adakah ianya juga "Healing Crisis"?
"Healing Crisis" sebenarnya adalah merujuk kepada proses penyah-toksin dari proses detoksifikasi. Dalam kes penggunaan skincare, adalah kurang tepat untuk merujuk proses ini kepada term "healing crisis" walaupun method nya seakan sama. Adalah lebih sesuai untuk mengatakan ianya adalah kesan dari "penyesuaian kulit kepada produk baru".


Bagaimana untuk mengetahui bahawa reaksi itu adalah sebahagian daripada "penyesuaian kulit kepada produk baru" atau memang reaksi yang tidak sesuai?
Sel kulit bertukar baru setiap 30 hari. Jadi, adalah penting untuk menggunakan satu-satu produk sekurang-kurangnya 30 hari untuk mengetahui bahawa reaksi tersebut adalah "penyesuaian kulit kepada produk baru" atau sebaliknya.

Akan tetapi, jika anda mengalami simptom yang serius seperti :

  • Muka terbakar & merah
  • Muntah
  • Cirit-birit
  • dan reaksi melampau yang lain


Hendaklah hentikan penggunaan produk skincare serta-merta. Ini ditakuti produk tersebut mengandungi bahan kimia berbahaya kepada tubuh anda.


Bagaimana pula dengan TOKYO ORGANIC Treatment Soap (TOTS)? Adakah ianya juga mempunyai reaksi seperti "penyesuaian kulit kepada produk baru"?
TOTS adalah sabun natural & organik yang tidak mengandungi sebarang bahan kimia berbahaya. Ianya natural & selamat, dan merupakan sabun glycerin bukan-alkohol yang sangat lembut pada kulit, termasuk kulit sensitif dan kulit bayi.

Akan tetapi, jika anda bertukar kepada TOTS dari skincare anda terdahulu, ada kemungkinan anda akan mengalami reaksi seperti "penyesuaian kulit kepada produk baru" kerana TOTS juga adalah produk baru bagi kulit anda, walaupun ianya natural.

Anda mungkin mengalami simptom seperti jerawat kecil, kulit sedikit tegang, sedikit gatal dan "mild reaction" yang lain. Ini adalah normal jika berlaku dalam tempoh sebulan penggunaan. Ianya sepatutnya tidak berlanjutan lebih dari 30 hari, kerana selepas 30 hari, sel kulit baru akan berganti dan kulit anda akan kembali normal seperti biasa. Teruskan penggunaan sehingga sekurang-kuranya 1-2 bulan.

Akan tetapi, jika lebih dari tempoh 2 bulan, masih tiada tanda-tanda pembaikan kulit, anda disarankan untuk berhenti menggunakan serta-merta. Ini kerana mungkin ada bahan ramuan dalam TOTS kurang sesuai untuk anda, walaupun ianya natural.


Saya berminat nak mencuba TOTS, bagaimana saya boleh dapatkan TOTS?
Sekiranya anda berminat untuk dapatkan TOTS, boleh dapatkan terus dari website kami di sini atau Agen SAH TOTS di seluruh negara di sini.


Image may contain: plant and flower
TOKYO ORGANIC Treatment Soap, 100% Made in Japan






Comments

Popular Posts