DIY Skin Brightening Kiwi Face Mask

Cantik itu mahal. Betul ke?


Pada saya, cantik tu tak de lah mahal, kalau kita tahu guna kan benda-benda di sekeliling kita. Buah-buahan misalnya, banyak yang kaya dengan Vitamin C tau! Buah macam oren, pisang, kiwi.. semua ni bukan saja bagus untuk kesihatan tubuh kita, mahal bagus juga untuk kesihatan kulit kita!


Apa kebaikan Vitamin C pada kulit? 
Banyakkkk sangat! Sebab tu sampai ada yang sanggup makan pil Vitamin C & suntik Vitamin C pada kulit. Sebab terlalu banyak manfaat Vitamin C ni pada kulit kita. Tapi, saya lebih suka Vitamin C yang diambil secara semulajadi. Natural gitu. Barulah kena pada tema TOTS - Natural & Organik. Hehe.


Antara kebaikan Vitamin C pada kulit:

  1. Membantu memperbaharui sel kulit baru
  2. Menjadikan kulit lebih berseri & awet muda
  3. Menjadikan kulit lebih anjal
  4. Membantu menghapuskan jerawat & parut


Jadi, sebagai rutin mingguan amat bagus jika kita amalkan scrub wajah menggunakan Vitamin C dan pilihan saya semestinya Vitamin C dari sumber natural (buah-buahan). Let's check it out!


DIY Skin Brightening Kiwi Face Mask


Kenapa saya pilih buah kiwi? Sebab buah kiwi amat kaya dengan Vitamin C dan juga kaya dengan anti-oksida! Biji kiwi boleh digunakan sebagai scrub wajah dan sekaligus menjadikan kulit lebih berseri uolss 💖 Bila digabung pula dengan pisang dan yoghurt... boom! Memang awesome sangat hasil dia pada kulit!


Kiwi: Sumber natural yang amat kaya dengan Vitamin C dan anti-oksida
Pisang: Kaya dengan potassium, vitamin dan air yang mampu menghidrasi dan menjadikan kulit lembab
Yoghurt: Kaya dengan asid laktik yang berfungsi sebagai 'scrub' membuang sel kulit mati, memudarkan parut jerawat, mengurangkan pigmentasi dan menggalakkan pertumbuhan sel kulit baru.


Jadi, apa fungsi Skin Brightening Kiwi Face Mask ni?

  1. Membantu memperbaharui sel kulit baru
  2. Menjadikan kulit lebih berseri & awet muda
  3. Menjadikan kulit lebih anjal
  4. Membantu menghapuskan jerawat & parut
  5. Menghidrasi dan menjadikan kulit lembab
  6. Sebagai scrub - Membuang sel kulit mati, memudarkan parut jerawat dan mengurangkan pigmentasi


So far so good? 😉




Anda perlukan:

  • 1 biji pisang
  • 1 biji kiwi
  • 1 mangkuk plain yoghurt



Cara-caranya:


1. Potong buah kiwi dan masukkan ke dalam bekas



2. Potong pisang dan masukkan ke dalam bekas yang sama 



3. Masukkan plain yoghurt ke dalam bekas yang sama



4. Masukkan ke dalam blender dan putar hingga ke semua bahan hancur.


Tadaaa! Siap dah Face Mask anda. Mudah kan? Kos pun murah jeee!


Cara pakai Skin Brightening Kiwi Face Mask:

  1. Bersihkan muka dengan TOTS 
  2. Ratakan Skin Brightening Kiwi Face Mask tadi ke seluruh muka anda
  3. Biarkan kering selama 20-30 minit
  4. Selepas kering, bersihkan muka anda dengan air suam
  5. Lap kering muka anda dengan tuala bersih


Walaa! Muka anda dah bersih & kulit anda dah segar kembali! 


Tips tambahan:
  • Gunakan pisang terlebih masak lebih bagus
  • Untuk kesan pencerahan yang lebih, boleh masukkan strawberry atau betik 
  • Amalkan 1-2x seminggu secara konsisten untuk kesan memuaskan


Biasanya, untuk sukatan ini, anda akan dapat banyak lebihan . Anda boleh:
  • Makan lebihan Face Mask (yummy!) kerana ianya sangat bagus untuk kesihatan anda atau;
  • Boleh sejuk bekukan dalam bekas ais dan simpan dalam freezer. Bila nak guna, cuma ambil cebisan kecil dan cairkan. Ala-ala baby puri gitu lah. Lebih mudah kan? Next time nak guna tak perlu lah blend semua ingredients ni lagi :)


Selamat mencuba dan selamat bernatural!

p/s: Cantik itu tak mahal, kan? 😉
p/ss: Boleh dapatkan TOTS di website di sini ya atau melalui AGEN SAH kami di sini ya!


TOKYO ORGANIC Treatment Soap
Semestinya Natural & Organik, 
100% buatan Jepun :)


Comments

Popular Posts